Sunday, February 26, 2012

PENGALAMAN SAYA MENGHADIRI BENGKEL KOMPANG


Saya menghadiri bengkel Kompang di Studio Muzik . Kami belajar macam mana hendak bermain kompang dan cara untuk memegangnya . Saya dapat menpelajari  banyak tentang kompang  dan ia sungguh menarik sangat , saya ditahui yang kompang tiu berbuat dari kulit kambing


Sunday, February 12, 2012

Video Cenderawasih


Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Tuesday, December 7, 2010

BLOG PERTAMA SAYA

PERASAAN SAYA PERTAMA KALI MEMULAHKAN BLOG


Perasaan saya gembira bila membuat blogger ini kerana saya boleh meluarkan
rahsia saya kepada Cikgu Siti.Bila pertama kali saya membuat blogger, saya tidak tahu bagaimana cara untuk membuat blog.Nasib baik ada Cikgu Siti mengajar kita membuat akaun gmail.com.Tapi biler saya mulakan saya sangat keliru sekali kerana ada banyak yang saya tidak tahu pasal blogger ini.Saya sangat bahagia bila saya ada blogger.....Tetapi saya rasa terkejut kerana saya sudah tahu Farhan,Qadari dan Nizuan yang telah koyakkan kertas kecil yang tertulis dari kite semua.